BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 2 June 2009

Cendol Leman Dawi n Masakkan Ku..

Sebenarnya dah lama nak masukkan post ni..tp tergendala sbb aku kena g kursus lama sgt kan.. jadi ni tengah ada masa aku masukkan la..

Gara2 terpengaruh dengan rancangan Warung Kita di Astro, ayah n mak Shuk ajak la g minum cendol Leman Dawi di Rembau...dari Kl ke Rembau semata2 nak minum cendol jek..huh..cendol baru RM1.50, tol n minyak jek dah RM30..huhuhu...

Cendol Leman Dawi ni biasa je, tp yang menjadi tarikan adalah boleh tambah percumo n balik balik percumo..air barli pun percuma samada minum atau bawa balik..tp cendol bawa ablik percuma hanya yang ado kat atas mejo je..klw g beratur kat kaunter kena bayar la...

Gambar kat bawah ni adalah Pakcik Leman Dawi, masa ni dia tengah jawab panggilan bertanyakan lokasi gerai beliau..peramah n banyak fakta pakcik ni.

Salah satu ayat yang aku igt.."org N9 ni baik2 belako..klw duit sepuluh ringit jatuh, poie balik dah takdo laie, klw duit satu sen jatuh, poie balik ado laie" hehehe..lu pikir la sendiri...
Balik je dari Rembau. masing2 dah lapar tahap gaban, iye la..cuma minum cendol je tadi...
Mak Shuk pun dah tak larat nak masak..jadi aku pun merajinkan lah diri untuk memasak..maka dengan tetiba aku nak cuba memasak ayam paprik buat pertama kalinya..selalu asik makan kat kedai je kan...ooo..senang jek ropenya nak masak paprik neh..pastu aku macam tingin nak makan pajeri nenas, so apalagi.. bahan dah ada kan....mari kita memasak!!!
Nampak tak tat nenas tu..hehehe..tu plak aktiviti aku pada waktu petang..borink kan...Shuk asik nak main PS2 je..aku pun wat la tat nenas..boleh wat kudapan kat opis...
Ayam Paprik ( resipi ni Miza request, aku pun amik resepi dari ruangan forum kat perkahwinan.com.my, dah cuba n memang sedap)

BAHAN
1/2 ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
cili kering di blender ( ikut suka, kalau nak pedas buh banyak..)
2 btg serai - dititik
1 biji buah tomato - dipotong 4
2 biji limau kasturi - jusnya
5 helai daun limau purut - carik-carikkan
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa

CARA
Panaskan kuali. tumis bawang merah, bwg putih yang ditumbuk hingga garing sedikit. Masukkan cili blender..masak hingga pecah minyak n garing skit.Masukkan ayam, kacau rata.Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air., kemudian masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. masukkan jus limau kasturi..kacau dan rasa..bila dah cukup rasa, angkat n makan
.

Taraa...!!!!

3 comments:

Kimi Kay MS said...

aku tengok dia asik merepek je...
tah betul tah tidak
kata2 hos warung kita pun aku rasa cam tak ikhlas jek
'seorang yg berpengetahuan luas!'

tu yg buat cendol dia famous kot
pasal air liur dia banyak dah tersembur kat dlm cendol dia
[selain daripada fakta bahawa cendol tersebut bleh ditambah2 secara percuma lah,...hahaha]

puan aimizita said...

Si Faraouk hos rancangan tu terpaksa la ckp "sedap" walau hakikatnya tak..

Pasal free tu mmg la, tp yg dia letak kat atas meja je bleh tapau..

Ntah la..yg pasti g minum cendol mamak kat tepi jalan lagik best...

Kimi Kay MS said...

hah
mamak punye cendol memang la besh
ada 1 kedai kat pekan banting, memang masyukkk
tapi tu la
kalau org melayu pun blum tentu bersih
ni pulak orang yg ehem2 tuh

[tapi aku bedal jugak bila dapat, hahaha...bengongla aku neh]