BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 17 October 2011

Cadangan Rakan dan Ayam Goreng Kunyit

Tengahari ni bila bukak FB, aku terima cadangan daripada rakan semasa belaja di POLISAS, Sue Damanhuri utk aku wat blog dan masukkan resepi masakan aku di sini...

Sememangnya niat di hati tu ada, tp belum ada kesempatan..ok lah, sebagai permulaan aku masukkan dulu resepi Ayam Goreng Kunyit ni...

BAHAN2

1 keping bahagian dada ayam (hiris nipis)
1/2 biji bawang holland (hiris kasar)
2 biji bawang putih (diketuk)
1 biji cili merah (hiris)
1/2 batang lobak merah (hiris panjang2)
5-6 batang kacang buncis (hiris serong) *nak guna kacang panjang pun boleh
Minyak untuk menggoreng
Garam
Kunyit
1 sudu kecil Sos Ikan


CARA2

> Gaulkan hirisan ayam dengan garam dan kunyit
> Goreng di dalam minyak yang banyak sehingga garing dan ketepikan
> Ambil minyak gorengan ayam tadi dalam 2 sudu besar dan tumiskan bawang holland, bawang putih sehingga wangi
> Masukkan cili merah, lobak dan kacang buncis dan ayam yg telah digoreng
> Perasakan dengan sos ikan
> Bila sayur2 dah lembut, tutup api dan hidangkan bersama nasi putih

Monday 26 September 2011

Lama sungguh tak bersiaran....

Wah...lama betul tak bersiaran..bukan apa, tetiba plak tak boleh nak sign in blog ni..dah la awak tak ni tak berapa nak pandai..bertanya pada kawan akhirnya boleh jgk la bersiaran pada hari ni...

Ntah kenapa,sejak akhir2 ni suke plak nak masuk gmbr2 masakan yg pernah dicuba...tunggu yea nnt aku masukkan sikit demi sikit...

Friday 27 May 2011


Dah lama mencari asid folic appeton ni,kebetulan ke farmasi nak cari asid folic yg dah kehabisan, nmpk plak, terus rembat ler...

Kwn2 opis yg suggest mkn asid folic ni klw merancang nak hamil, so ikut la...sebelum ni makan ikut mood jek..skrg rasa nak makan betul2 la...


** Siap buat reminder kat hset supaya tak lupa**



Tuesday 24 May 2011

Demam @_@






Dah lama tak demam, tetiba plak semalam sakit tekak + selsema teruk...

Malam tak boleh tdo coz satu badan sakit2..

Hari ni mmg tak boleh tahan lagi..g jumpa doc, amik ubat dan MC..

Dok kat umah sorang2 borink plak..Shuk terpaksa g kerja coz tak boleh cuti...

Hurmm...

Saturday 14 May 2011

Filem Minggu Ini

Kongsi Lu Langsi Lu Mati ...tgk promo mcm best..tp bila g tengok biasa je..terlalu banyak elemen lawak sedangkan ala2 mafia..yg paling tak best ending citer ni...tengok la yea.. mcm penat jek nak komen..



Citer ni aku tengok sebelum Shuk g kursus kat Gua Musang. Pergh..memang mantop dan meletup..aweks pun mari (Shuk suke la ni..hehehe)...seperti biasa citer2 FnF ni mmg menjanjikan aksi yang terbaek...rugi tak tgk woo...


Tuesday 10 May 2011

udoh bersawang weh...

Ya ampun...dah berapa abad aku tak update blog..sejak2 kat opis takde internet...pastu menyibukkan diri dengan FB plak..langsung semak samun blog aku ni..ntah nape hari ni rasa mcm nak mulakan semula..

yok..kita tebas semak samun...