BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 17 October 2011

Cadangan Rakan dan Ayam Goreng Kunyit

Tengahari ni bila bukak FB, aku terima cadangan daripada rakan semasa belaja di POLISAS, Sue Damanhuri utk aku wat blog dan masukkan resepi masakan aku di sini...

Sememangnya niat di hati tu ada, tp belum ada kesempatan..ok lah, sebagai permulaan aku masukkan dulu resepi Ayam Goreng Kunyit ni...

BAHAN2

1 keping bahagian dada ayam (hiris nipis)
1/2 biji bawang holland (hiris kasar)
2 biji bawang putih (diketuk)
1 biji cili merah (hiris)
1/2 batang lobak merah (hiris panjang2)
5-6 batang kacang buncis (hiris serong) *nak guna kacang panjang pun boleh
Minyak untuk menggoreng
Garam
Kunyit
1 sudu kecil Sos Ikan


CARA2

> Gaulkan hirisan ayam dengan garam dan kunyit
> Goreng di dalam minyak yang banyak sehingga garing dan ketepikan
> Ambil minyak gorengan ayam tadi dalam 2 sudu besar dan tumiskan bawang holland, bawang putih sehingga wangi
> Masukkan cili merah, lobak dan kacang buncis dan ayam yg telah digoreng
> Perasakan dengan sos ikan
> Bila sayur2 dah lembut, tutup api dan hidangkan bersama nasi putih