Hari ni aku tinggal berdua je kat opis ni, aku n Kak Azah (Kerani surat). Why??
Sebab mulai hari ni smpai lusa semua staf pejabat aku bertugas di Stadium Titiwangsa bagi pengeluaran borang permit sementara Bazar Ramadan Tahun 2009.
Ini juga bermakna selepas ni, kerja aku akan bertambah 3 kali ganda...(kaboom!!!)
3 kali ganda panggilan telefon
3 kali ganda surat-menyurat
3 kali ganda berurusan dengan orang awam
HUHUHU.....
Tp dlm diam2 dah 5 tahun aku hadap mende ni...
Ms mula2 bertugas di jabatan ni dulu, aku baru 7 bulan bertugas dan telah terlibat dalam proses pengeluaran lesen ramadan ni. Satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan adalah aku menangis bila kena herdik dengan satu hamba Allah yang marah kerana permohonan lesen dia ditolak. Adus....sedih dan sebak aku. Sekarang ni jgn harap korang nak herdik aku, aku yg herdik korang semula nnt tau...hehehe...
Dan gara2 terlibat dengan proses permohonan lesen ramadan ni jugak la dah 3 kali aku berurusan rasmi dengan SPRM (dulu BPR)...ketor dan berpeluh bila SPRM panggil untuk buat siasatan ( walaupun hanya sebagai saksi)...
Bos aku ckp klw aku g kali keempat mesti tak dapat balik lagi...( dia saja menyakat aku)
Walau apapun, semua ni merupakan pengalaman yang mengajar aku camne utk berurusan dengan orang awam yang memang teruja nakkan lesen ramadan tu..so aku masih lagi belajar untuk mengenali perwatakan orang.
Monday, 29 June 2009
Bazar Ramadan 2009
Posted by puan aimizita at 08:35
Labels: citer merapu, kisah aku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
huahua....byk keje xpe mi...nak dkat raya nnt baru ko rasa best bile semua nya free..... ehem ehem
ada keje takpe la juga...
at least ada makna la juga amanah yg ko pikul & berkat juga gaji yg ko dapat..
dan kalau dapat anugerah cemerlang pun sekurang2nya memang kau berhak pasal kau memang buat keje dgn baik & cekap serta penuh tanggungjawab...
betul x?
aku lebih rela banyak keje sampai takde masa nak campur golongan MB, JB & BB kat opis neh!
Zura...SHHHH..jgn bg tau orang tau..hehehe
Kimi...betul la ckp ko tu coz sblm ni pun mmg ada makcik2 kat cni yg pertikaikan aku bila dapat anugerah cemerlang...
dan betul jgk ckp ko, bila aku dah banyak keje mmg aku tak pikir dah perangai makcik2 kat cni...
tempat aku lagi best...
takyah keje teruk sangat pun bleh dapat senang2 jek...
slalu takde kat opis tapi bila anta OT, attendance dia canteeeeek je...
nak datang @ balik sukati kul brape je tapi hujung bulan attendance hensem je...
bos takde dia terus ilang atau ilang kesedaran [tido la tuh], tak kira pukul brape
cukup time balik, balik je
keje kalau boleh suruh orang lain buat walaupun benda kecik je
pastu perasan diri tu betul & bagusssss je manjang...
senang cerita kalau ko dalam kategori JB, sure senang idup ko kat tempat aku neh...
rugilah sape tak keje sini!
eh?
tahniah2!
bila dapat cemerlang tuh?
kimi..MB,JB & BB tu mende ar?
aku dapat untuk tahun 2007, ms tu amik anugerah kat stadium titiwangsa je dgn tok hakim..
hoho
tu sume istilah yg agak menyinggung sensitiviti orang
betul nak tau neh?
Post a Comment