BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 23 November 2009

Aidil Adha

Hari Khamis nak balik kg dah...banyak mende nak kena wat..siap ada tempahan kek coklat lagi...ahaks..
Mak plak request nak makan cornflakes madu...
Takpe...kebetulan Angah nak bawa balik bakal menantu abah...boleh la aku buli nak tgk dia pandai tak wat kerja dapur...
Lgpun siapa berani nak marah aku..aku kan ALONG!!!!
HAHAHA.....

Cuti sekolah bermula lagi!!!!

Tau tak apasal aku suke bila time cuti sekolah ni?....hehehe...sudah tentunya sebab aku boleh bangun lambat untuk pergi keje...psl jalan tak jem, bas sekolah takde, mak ayah pun tak sibuk nak anta anak2 g sekolah...(nmpk sgt aku mls kan)

Senario The Movie Episod 2 - The Beach Boy

Dah tengok malam tadi..layan je..
Seperti biasa Lan Pet Pet yang banyak membuat penonton gelak..
Tak kurang jgk gelagat Nik Sayidah yang banyak bercakap dialek Kelantan Thai yang menghiburkan penonton...

Thursday 19 November 2009

Happy Birthday 2 Me


Dah bertambah lagi umur aku....
Hari ni wat jamuan sket kat opis, alhamdulilah semua makanan cukup
jgk dapat banyak ucapan hari lahir dan dalam banyak2 ucapan mesti ada satu soalan bonus

Bila lagi ni nak kawin?
Adus...nak jawab ke...???
Hehehe....

Monday 19 October 2009

Sate Kajang

Minggu lepas, sampai je kat umah selepas kerja, Shuk bgtau yang Nazri (aku dah anggap mcm adik sendiri) nak belanja makan sate kajang sempena menyambut hari lahir dia..
Hurm...rezeki tu...so, lepas maghrib kitorang pun g la makan sate kajang...
Lepas makan, aku sempat la jgk jenguk2 kat galeri sejarah sate kajang dan aku letak la beberapa keping gambar untuk tatapan...

Monday 28 September 2009

Hari Raya Aidilfitri 2009

Keluarga tersayang...


Sesi bagi duit raya kat adik2 aku...Izham yg dtg dulu..laju je bab duit neh..



Izham & Amin (Angah)



Izham & Sheari (Kakak)


Izham & Sutrisno (Black)

Friday 11 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Friday 4 September 2009

Menu berbuka sepanjang minggu

Ni menu semalam, request by Shuk
Ayam Masak Merah


##########################################################
2 September....
Hari ni Shuk bertugas di LTAR, jd dia x berbuka kat umah..borink la plak..jd aku g la melepak kat Bazar Ramadan tempat mak Shuk berniaga..trus berbuka kat ctu...ni aku tak masak beli jek...hehehe..hari malas sedunia...
Gulai Lemak Cili Api Siput Sedut


Sup Cendawan


Dadih Jagung

##################################################

Hari ni telepon mak, tanya mak masak apa untuk berbuka , pastu mak jawab Ikan Masak Taucu...adus..kecur ayak liur...nak ablik cepat ke rumah, tp sampai lmbt jgk..kol 6.30 baru start masak....dah teringin kena wat jugak!!!!


########################################################
Hari Ahad 30hb Ogos...aku sibuk wat popia nestum yang ditempah oleh pelanggan. Oleh kerana banyak yang perlu dibuat aku minta bantuan Nazira, anak jiran aku tolong. Punya khusyuk wat smpi tak sedar jam dah pukul 4, kelam kelibut aku nak memasak plak...aku pun jemput la adik2 Nazira berbuka sama kat umah dan kebetulan plak mask diorang memang takde kat umah (balik umah atuk diorang ). ni la menu berbuka kitorang hari tu...


Sambal sardin + kentang



Gulai lemak cili api ayam


Telur dadar


Kobis goreng

Friday 28 August 2009

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !


Thursday 27 August 2009

Jom masak!!!


Yang ni plak masakan untuk berbuka hari ke4 puasa...aku wat Ayam Sambal Kicap dan Sotong Goreng Kunyit....hari ke3 masak Ayam Madu, tp lupa nak ambik gambar, hari ke5 masak Tomyam Campur dan Sambal kentang + Ikan Bilis, pun lupe nak ambik gambar..hari ni plak, malas nak masak, beli je...ikan bakar n pajeri terung....
**************************************************************************************

Bulan puasa ni mak Shuk berniaga di Bazar Ramadan, jadi aku pun nak test la letak aku punya muffin untuk jualan. Alhamdullilah, dapat la jual dalam 22 biji muffin masa hari kedua puasa.

Muffin Pisang Bersalji


Sebelum dan selepas...

**************************************************************************************

Ni masakan seminggu sebelum puasa, tetiba teringin lak nak makan rendang. Ini la hasil masakan aku utk minggu lepas....


Rendang Ayam Cili Api


Nasi Minyak Pahang


Papadom


Bila dah letak dalam satu pinggan, ini la rupa parasnya....

Friday 21 August 2009

Selamat Menyambut Ramadan

Friday 14 August 2009

Cerita seminggu....


########################################################

Langkah berjaga2 H1N1...coz aku kan tiap2 hari jumpa ramai public kat opis nih....

#####################################################

Hari Sabtu minggu lepas, aku temankan Shuk n Liyas pergi pertandingan karaoke Majalah Hai di Red Box Ria Sogo...sampai kat sana dah kol 10, mak ai..punya la ramai orang...

Masa Shuk n Liyas tengah beratur tu, penganjur cakap hanya peserta sahaja dibenarkan masuk...hurm???? bes tu aku nak wat pe..oleh kerana aku boring menunggu, aku pun check in la satu bilik karaoke, sensorang la plak, boring..argh..belasah je la...kol 3 baru habis saringan ke 2..huh...penat gilos...





########################################################

Dah boring tak tau nak g makan kat mana, asyik2 kat tempat yang sama je, aku pun ajak la Shuk g makan kat sini..hehehe...(hujung2 bulan ni..agak2 sket)..pedulik la..jangan berkira sangat dengan tekak sendiri...seperti biasa taste aku n Shuk memang sama...

Ice Lemon Tea


Black Paper Chicken Rice


American Brownies with Hot Chocolate n Strawberry Ice Cream (yum..yum..)

Khusyuk diorang ni makan kan3
###############################################


Ini plak Popia Nestum...aku dah packing untuk contoh bagi sesape yang berminat untuk order sempena hari raya yang bakal menjelang..RM20.00 sekilo yea...

##################################################



Ni plak, saje test resepi yang aku cari kat internet, biskut tembikai..boleh la kan utk percubaan pertama..hehehe..boleh la wat nak hidang kat tetamu raya ni....

Thursday 30 July 2009

Kena sengat lebah!!!

HIKAYAT

Pada suatu pagi yang hening, aku sedang bersarapan nasi lemak bersama family. Tiba-tiba adik lelaki aku (Black) menjerit "Aduh!!" rupanya dia kena sengat lebah. Aku pun sebagai seorang kakak yang prihatin pergi la menjenguk apa yang berlaku, tak pasal2 aku plak yang kena sengat, "ceh, hampeh tol".

Pastu aku pun terpandang ke arah lampu dapur, alamak...ada beberapa ekor lagi di situ...

Rupa2 nya mak aku bagitau dah lama haiwan2 tu menumpang kat lama belakang jiran aku ni, (laman belakang jiran ni, tepi dapur umah aku, kawasan felda, faham je la kan susun atur tu) dan mak aku jugak dah berbuih mulut bagtau soh hapuskan haiwan2 ni..

Tengok sekarang, kan diorang dah sengat aku n adik aku. Aku ni kan jenis mulut puaka, jadi pagi2 tu aku dah membebel dan jerit kuat2 biar makcik tu dengar betapa sakitnya hati aku daripada kaki aku yg kena sengat tu...

Ikutkan hati nak tepon JPA3 atau Bomba, tp rs mcm menyusahkan dioarang plak nak datang sejauh itu semata2 sarang lebah yg tak berapa besar ni, tp aku risau kan family aku...

So, sampai sekarang abah aku masih lagi dok ckp kat jirang soh bakar sarang lebah, tp ckp je la...buat tak jugak...huh..apa nak wat ni? Tolong bagi idea jahat....

( Sarang lebah tu yang korang tengok bertompok hitam itew )...