BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 30 March 2009

Jem dan jem lagi...


Pemandangan di atas adalah perkara biasa yang aku tempuhi dalam perjalanan daripada Tol Senawang ke Kuala Lumpur. Asal Ahad je jem..asal jem je Ahad..(har har har..apa aku cakap ni). Jem teruk bangat, tapi bila sampai je kat Seremban..tak apa pun yang berlaku..agaknya tadi ada gajah melintas gamaknya..adus..serius mmg aku penat giler...dah la kepenatan kat rumah pengantin, pastu tambah lagi dengan penat jem...kete manual,jd mesti korang faham kan...huhuhu...

Yang ni plak, aku sempat lagi snap gambar kerja-kerja pengukuhan tebing di Bukit Putus...dari pemerhatian aku, tanah runtuh yang berlaku di sini lebih teruk dari 2 minggu yang sudah..kesan runtuhan makin besar..aku boleh bezakan coz boleh dikatakan aku tiap2 minggu balik kampung.. risau plak aku tengok kesan runtuhan tu..yang JKR dok kukuhkan, tebing yang jatuh ke bawah gaung..yg dari bukit jatuh ke atas jalan cuma ditutup dengan kanvas..yang ini lah yang aku maksudkan makin besar kesan runtuhan tu..mmm..alam sekitar n bumi kita makin rakus dihambat pembangunan nampaknya....

Friday 27 March 2009

Som-som strawberry & Cupcake

Som-som strawberry ni aku wat masa tengah tunggu cupcake dibakar..mudah n cepat n sedap..nyum, nyum.. yg dalam bekas besar utk dibawa ke opis mkn dgn kengkawan, yg kecik tu simpan dalam fridge utk aku ler..sape lagi...






Semua cupcake diatas telah diorder oleh K. Ju pelanggan tetap aku setiap hari Jumaat..
Kenapa hari Jumaat?
Sbb dia ckp klw hari lain takde orang nak makan sbb sume orang g kerja
Lgpun anak dia Ijoy suka sgt dengan kek ni...
TQ Kak Ju..

Monday 23 March 2009

Apa yang aku makan n masak

Petang Sabtu 21/3/2009, Shuk tengah main PS2 and then tetiba cakap "awak tak masak apa2 ke petang ni?"..erk...mmg td igt nak masak, tp aku dah leka tengok majalah Pengantin coz nak cari design baju utk customer...g jenguk dapur tgk ada sosej n tepung gandum..so, aku pun wat la bebola sosej, cucuk dengan lidi sebagai 'presentation' (ala2 sate gituw..) dimakan dengan sos cili dan buat air sarsi...malas tahap gaban aku ini...hehehe

Yang ni plak, sarapan utk pagi Sabtu tu...siap tapau bawa g opis utk kawan2 yang sesama wat OT


Lunch hari Jumaat, Pizza Hut. G makan with Shuk n Asyraff. Makan 2 set pizza individu, Asyraff amik meatball n add on chicken wing...kongsi bertiga..fuh kenyang giler...gmbr chicken wing lupa plak nak snap...

Thursday 19 March 2009

CUPCAKES....by me


Oder by Abg Zul, K. Ju, Dayah n Suhaimi

Order by my officemate - Kojack

Order by my officemate - K.Ju

Wednesday 18 March 2009

Hepi Besday Is & AD Izham


Kek Besday yang dibuat oleh Along mu itew....

Tanah runtuh di Bukit Putus

Lama rasanya aku tak update blog ni...sbb sibuk dengan kerja lain..
2 minggu yang sudah aku terkejut bila dengar berlaku tanah runtuk di Bukit Putus yang merupakan laluan utama untuk aku balik ke kampung..
Adus...pening kejap coz mmg tak tau nak ikut jalan lain..
Kwn2 ada yg suruh ikut jalan Tampin atau Kuala Kelawang..
Masalahnya memang aku tak tau jalan tu..nnt ntah ke mana plak aku pergi...
So, minggu lepas aku nak balik kampung, kebeltulan adik aku Sheari nak tumpang sama...
Jadi bila lalu di Bukit Putus aku soh la adik aku snap beberapa keping gmbr di tempat kejadian...inilah hasilnya..