BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 30 June 2009

Cornflakes Pedas

Pertama kali aku dengar cornflakes pedas, selalu cornflakes coklat jek...so aku pun order la 3 botol dari Kak Zura (yang aku kenal dari mudah.my), janji nak amik hari Ahad tp dah ditunda ke malam Isnin, jd setelah aku cuba makan..pergh..memang sedap la dan berbaloi dengan harganya (walaupun pd mulanya aku rasa mcm mahal iaitu RM17 sebotol).

Hari ni bw g opis satu botol, bg kwn2 rasa dan makan sendiri dah hampir nak licin..huhuhu..mcm ni kata nak kurangkan berat ke...

Monday 29 June 2009

Bazar Ramadan 2009

Hari ni aku tinggal berdua je kat opis ni, aku n Kak Azah (Kerani surat). Why??
Sebab mulai hari ni smpai lusa semua staf pejabat aku bertugas di Stadium Titiwangsa bagi pengeluaran borang permit sementara Bazar Ramadan Tahun 2009.

Ini juga bermakna selepas ni, kerja aku akan bertambah 3 kali ganda...(kaboom!!!)
3 kali ganda panggilan telefon
3 kali ganda surat-menyurat
3 kali ganda berurusan dengan orang awam
HUHUHU.....

Tp dlm diam2 dah 5 tahun aku hadap mende ni...
Ms mula2 bertugas di jabatan ni dulu, aku baru 7 bulan bertugas dan telah terlibat dalam proses pengeluaran lesen ramadan ni. Satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan adalah aku menangis bila kena herdik dengan satu hamba Allah yang marah kerana permohonan lesen dia ditolak. Adus....sedih dan sebak aku. Sekarang ni jgn harap korang nak herdik aku, aku yg herdik korang semula nnt tau...hehehe...

Dan gara2 terlibat dengan proses permohonan lesen ramadan ni jugak la dah 3 kali aku berurusan rasmi dengan SPRM (dulu BPR)...ketor dan berpeluh bila SPRM panggil untuk buat siasatan ( walaupun hanya sebagai saksi)...
Bos aku ckp klw aku g kali keempat mesti tak dapat balik lagi...( dia saja menyakat aku)

Walau apapun, semua ni merupakan pengalaman yang mengajar aku camne utk berurusan dengan orang awam yang memang teruja nakkan lesen ramadan tu..so aku masih lagi belajar untuk mengenali perwatakan orang.

Wednesday 24 June 2009

Aku ke yang korang ckp tu ha ?!?!


Dah memang jadi rutin aku mesti kena call ke kampung setiap hari...

Td call la adik aku yg tengah cuti semester, kebetulan plak dia tgh jumpa kawan dia...

Apa yang membuatkan aku terkejut bila kwn adik aku bgtau ms dia kat Cyber Cafe(CC) dia nmpk bdk2 Bohsia dan Bohjan kat Tembangau tu tengah search kat Google dgn word "BOHSIA TEMBANGAU". Tup..tup..keluar gambar aku...trus bdk2 BOH tu cakap "eh..ni bukan kakak..bla..bla.."

Sakitnya hati aku bila diorang cakap mcm tu. Bila masa plak aku ni jadi bohsia Tembangau. Setahu aku la, keturunan aku ni baik sebelah mak atau sebelah abah semua baik2 belaka. Belum ada lagi yang bergelar BOH ni...

Setahu aku juga (satu Tembangau pun tahu pasal ni) salah seorang bohsia yang ada kat CC tu yang memang keturunan tak senonoh..baik mak...baik anak...sama jek...memalukan orang kampung aku jek, dah la dok sebelah umah aku...nak jek aku cili2 kan mulut budak tu, bkn tak penah makan penampar dgn aku sebelum ni...heeee..geramnya!!!!

Sebab apa diorang ckp mcm tu..korang agak2?

Sebab...dlm salah satu post aku tu, kan aku ada citer pasal aku g tengok wayang citer BOHSIA - Jangan Pilih Jalan Hitam dan aku juga ada blog butik andaman aku yang beralamat di Felda Tembangau...

So...bila diorang search word "BOHSIA TEMBANGAU"...keluar la kedua-dua blog aku tu dan gambar2 aku skali...yg diorang ni plak, tgk gmbr je tanpa baca post aku tu dan terus buat tafsiran melulu..bodoh betul la!!!

Jd di sini, sekiranya adik2 BOH membaca blog aku ni, suka aku ingin memberi penjelasan yg aku bukanlah apa yang korang sangka dan fikirkan tu...dan satu lagi gunakanlah teknologi yang ada ni utk faedah bukan cari mende2 mengarut tu ok!!!

Transformers 2 - Revenge Of The Fallen

" SOLD OUT"

Semalam tengahari Shuk pergi beli tiket filem ni, tp dah sold out utk tayangan satu minggu akan datang...huish..dasat kan sambutan utk filem ni...

Memula tu rasa cam hampa la jgk sbb nak kena tunggu lagi seminggu baru dapat tgk, ntah mcm mana masa tengah nak beli tu, tetiba staf kaunter tu bagitau yg diorang open satu lagi tayangan jam 10.30 mlm..so, apalagi..rembat ar tiket tuh..syoknye dapat tengok..

so, mlm ni aku n Shuk akan g tengok filem ni bg tayangan kol 10.30 malam...

Nantikan komen n berapa bintang aku nak bg esok...daa...

Dah tengok !!! Memang best giler tahap gaban...walaupun tengok tayangan jam 10.30 malam dan tayangan hanya bermula jam 11.00 malam tapi aku langsung tak ngantuk tau (sampai ke rumah jam 2.00 pagi)...

Berapa bintang ?

Wah!!! Banyak yer...hehehe..sebab best kan bagi la banyak...

Tuesday 23 June 2009

Camne ni??? Tolong la...

"Tembam", "Gemuk", "Giant"


Itu adalah antara panggilan yang sering aku dengar dan terima daripada rakan2 pejabat mahupun family sendiri...duh! tensen betul la...

Kelmarin plak, Shuk bagi aku tempoh 6 bulan untuk turunkan berat badan...2x duh!!

So, mulai semalam aku dah tak makan malam...
Untuk permulaan ni (maybe dlm masa 1 bulan) , aku wat camni...
Pagi - Roti wholegrain fibremeal (gardenia) 3 keping + minuman panas
Tengahari - Nasi (aku masih perlukan wat sementara) + ikan + sayur ( ayam n daging x blh amik)
Malam - x boleh makan atau klw lapar makan epal hijau + susu

Apa yang tak best... aku x boleh makan peberet aku Mc'D!!!

Harap2 aku tabah dan sabar dalam cabaran untuk kurangkan berat badan ni...

* Lupa lak nak tulih..hehehe

Senaman juga tak dilupakan..aku menari tiap2 ptg guna PS2..hehehe..kira boleh la kan, coz aku takut nak joging sensorang dah nak senja2 tu...

Friday 19 June 2009

Kursus Setiausaha Profesional




Friday 12 June 2009

Kenapa aku suka matahari?

Ntah kenapa, aku suke tengok matahari (tp bkn matahari jam 12.00 tghari tau)..sunrise n sunset sahaja..lg plak klw waktu tu di tepi pantai..aduh, bisa gugur jantung gue...indahkan kejadian Allah..menunjukkan betapa besar alam ciptaannya..
Dalam post aku sebelum ni pun rasanya dah cakap yang aku suke matahari..

Ditambah pulak sejak TV3 tayangkan cerita MATAHARI lakonan Nisdawati..hurmm..walaupun terlepas beberapa episod sbb wat OT kat opis, aku akan follow up semula kat forum perkahwinan.com.my (rakan2 PCM tolong update citer)...memang sedih tgk ending citer ni semalam...huhuhu..aku nangis, pastu kena kutuk dgn Shuk..(hampeh tol!!)

(dan ditambah lagi dengan lagu peberet aku..hehehe)

Matahariku - Agnes Monica

Tertutup sudah pintu .. pintu hatiku

*Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu

*Kini kau pergi dari hidupku

*Kuharus relakanmu walau aku tak mau

*Berjuta warna pelangi didalam hati

*Sejenak luluh bergening menjauh pergi

*Takada lagi cahaya suci*

Semua nada beranjak aku terdiam sepi

*Dengarlah matahariku suara tangisanku

*Kubersedih kerna panah cinta menusuk jantungku

*Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku

*Tentangku yang tak mampu menaklukan waktu*

Berjuta warna pelangi didalam hati

*Sejenak luluh bergening menjauh pergi*

Takada lagi cahaya suci

*Semua nada beranjak aku terdiam sepi*

???

Hurm...borink nyer...itu la yg aku tgh rasa sekarang ni..
Tp nape aku borink yea..
Ntah..tak dapat nak pikir..
Tolong pikir utk aku...
(ape aku mengarut ni, mana de org len blh baca fikiran aku)
apa-apa je la...

Thursday 11 June 2009

Krisis air di Lembah Klang?

Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 10 Jun – Bekalan air bersih di sekitar Lembah Klang bakal terjejas jika cuaca panas dan kering pada masa ini berterusan dalam tempoh dua bulan lagi.

Maknanya kita kenalah berjimat gunakan air. Dalam masa yg sama kena standby la tong air, baldi utk ditakungkan in case tetiba bekalan air kena catu ke...mcm2 krisis sekarang ni..krisis ekonomi, krisis keamanan, krisis cuaca..aduih..bumi makin tenat..

Wednesday 10 June 2009

Tukar baju

Tetiba lak rasa macam nak tukar baju blog yg baru..hasrat di hati nak cari background hitam n pink..tp terpandang lak warna coklat neh..hentam je la...

Dah tukar baru n edit baru pasan yg kat sebelah tepi ni kosong jek..aduih..mls dah nak edit..kira boleh la...

Jangan Pandang Belakang Congkak


Aku dah tengok citer ni, memang la klakar tp bab end of story tu mcm tergantung,,seolah2 ada sambungan je...hurm....

SINOPSIS FILEM JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK
Di sebuah kampung tinggal seorang tua bernama Pak Sudir, seorang yang sangat kaya dan dikatakan memelihara saka. Melihat pada raut wajahnya, tiada siapa menyangka usianya telah mencecah hampir 125 tahun. Pak Sudir tinggal dengan seorang pembantu iaitu Mustika. Di saat kematian Pak Sudir, pelbagai kejadian aneh telah berlaku menggemparkan penduduk kampung. Dikatakan Pak Sudir telah lama meninggal dan yang terlantar sakit itu adalah sakanya. Seorang bomoh terkenal, Pak Mor dipanggil dan setelah berlaku pertarungan dahsyat, saka telah berjaya dikeluarkan dan Pak Sudir akhirnya meninggal dunia.

Di Kuala Lumpur, 3 orang pemuda telah mendapat sepucuk surat setiap seorang daripada Pak Sudir menjemput mereka datang ke rumahnya. Punai, seorang penyeluk saku, Asmat bekerja di tempat letak kereta dan Johan pula seorang jurujual. Pada hari yang ditetapkan, ketiga-tiga mereka tiba di rumah Pak Sudir. Di sana barulah mereka tahu yang Pak Sudir adalah datuk mereka dan mereka bertiga adalah sepupu. Mustika memberitahu lagi bahawa mereka bertiga bakal mewarisi harta pusaka peninggalan Pak Sudir sekiranya mereka berjaya mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Mereka hendaklah bermalam di rumah tersebut selama 3 malam berturut-turut dan tidak boleh menyentuh apa-apa barang di rumah tersebut terutamanya sebuah congkak usang. Oleh kerana syarat itu dianggap terlalu mudah bagi mereka dan ini adalah peluang untuk hidup senang, mereka pun bersetuju dengan syarat-syarat tersebut.

Apa yang mereka tidak tahu adalah, sebenarnya mereka akan mewarisi ilmu saka Pak Sudir jika Berjaya mengharungi tiga malam tersebut. Pada malam pertama, mereka telah terjumpa congkak usang yang dimaksudkan oleh Mustika. Mereka membelek-belek congkak tersebut dan apabila dibalikkan di belakang congkak itu, terdapat tulisan Sanskrit yang terukir. Ketika itu juga tulisan tersebut seperti mengeluarkan cahaya dan terkena pada muka mereka bertiga lalu mereka pengsan. Mustika dari awal hanya memerhatikan pergerakan mereka bertiga itu. Kampung yang telah aman semenjak kematian Pak Sudir tiba-tiba gempar. Orang minyak telah muncul dan mendapat mangsa pertama. Satu makhluk yang menyerupai hantu raya juga telah muncul dan telah memakan ayam satu reban dan satu makhluk yang menyerupai toyol telah muncul dan mencuri duit kepunyaan orang kampung. Ketiga-ketiga kejadian itu berlaku serentak pada malam yang sama.

Pada pagi esoknya Punai bangun dari tidur dan hairan bagaimana satu bra boleh tergantung di lehernya. Johan pula bangun dengan bulu-bulu ayam dan darah ayam penuh di mulutnya. Asmat pula bangun dan di poketnya penuh dengan duit. Mereka sendiri tidak tahu apa yang telah berlaku pada diri mereka. Pagi itu satu kampung heboh dengan tiga kejadian yang berlaku serentak pada satu malam itu. Berbagai-bagai andaian telah dibuat oleh orang-orang kampung tentang kejadian-kejadian itu. Ada yang mengatakan makhluk-makhluk peliharaan Pak Sudir telah kembali mengganas. Pak Mor dipanggil semula. Pak Mor kemudiannya menyatakan yang makhluk-makhluk peliharaan Pak Sudir dahulu telah berkeliaran untuk mencari orang yang sanggup menjaga mereka. Pak Mor menyatakan jika makhluk-makhluk peliharaan Pak Sudir itu berjaya mendapat mangsanya 3 malam berturut-turut maka mereka telah berjaya mendapat orang yang boleh menjaga mereka dan kampung itu tidak akan aman selama-lamanya.

Tuesday 2 June 2009

Cendol Leman Dawi n Masakkan Ku..

Sebenarnya dah lama nak masukkan post ni..tp tergendala sbb aku kena g kursus lama sgt kan.. jadi ni tengah ada masa aku masukkan la..

Gara2 terpengaruh dengan rancangan Warung Kita di Astro, ayah n mak Shuk ajak la g minum cendol Leman Dawi di Rembau...dari Kl ke Rembau semata2 nak minum cendol jek..huh..cendol baru RM1.50, tol n minyak jek dah RM30..huhuhu...

Cendol Leman Dawi ni biasa je, tp yang menjadi tarikan adalah boleh tambah percumo n balik balik percumo..air barli pun percuma samada minum atau bawa balik..tp cendol bawa ablik percuma hanya yang ado kat atas mejo je..klw g beratur kat kaunter kena bayar la...

Gambar kat bawah ni adalah Pakcik Leman Dawi, masa ni dia tengah jawab panggilan bertanyakan lokasi gerai beliau..peramah n banyak fakta pakcik ni.

Salah satu ayat yang aku igt.."org N9 ni baik2 belako..klw duit sepuluh ringit jatuh, poie balik dah takdo laie, klw duit satu sen jatuh, poie balik ado laie" hehehe..lu pikir la sendiri...
Balik je dari Rembau. masing2 dah lapar tahap gaban, iye la..cuma minum cendol je tadi...
Mak Shuk pun dah tak larat nak masak..jadi aku pun merajinkan lah diri untuk memasak..maka dengan tetiba aku nak cuba memasak ayam paprik buat pertama kalinya..selalu asik makan kat kedai je kan...ooo..senang jek ropenya nak masak paprik neh..pastu aku macam tingin nak makan pajeri nenas, so apalagi.. bahan dah ada kan....mari kita memasak!!!
Nampak tak tat nenas tu..hehehe..tu plak aktiviti aku pada waktu petang..borink kan...Shuk asik nak main PS2 je..aku pun wat la tat nenas..boleh wat kudapan kat opis...
Ayam Paprik ( resipi ni Miza request, aku pun amik resepi dari ruangan forum kat perkahwinan.com.my, dah cuba n memang sedap)

BAHAN
1/2 ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
cili kering di blender ( ikut suka, kalau nak pedas buh banyak..)
2 btg serai - dititik
1 biji buah tomato - dipotong 4
2 biji limau kasturi - jusnya
5 helai daun limau purut - carik-carikkan
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa

CARA
Panaskan kuali. tumis bawang merah, bwg putih yang ditumbuk hingga garing sedikit. Masukkan cili blender..masak hingga pecah minyak n garing skit.Masukkan ayam, kacau rata.Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air., kemudian masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. masukkan jus limau kasturi..kacau dan rasa..bila dah cukup rasa, angkat n makan
.

Taraa...!!!!

Kaki Wayang

Citer ni dari awal sampai akhir memang asyik nak gelak jek...
Best..tp aku rasa Night At The Museum 1 lagi best la...
Aku kasi 31/2 bintang untuk filem ni...