BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 5 February 2009

WHY? WHY? WHY?

Pernah tak anda berada dalam situasi begini?
Korang nak buat sesuatu perkara, kemudian mesti ada soalan macam ni dalam otak korang "KALAU AKU WAT MCM NI, NNT APA PLAK KATA ORANG EK"
Kenapa mesti ada perkara2 yang leceh macam ni?
Kenapa orang-orang luar ni suke nak masuk campur dalam hal kita?
Diorang ni dapat faedah ke dengan menyibuk hal orang?
Semua mende tak betul pada pandangan diorang...
mcm aku plak, aku tak pernah nak menyibuk tanya hal orang...
coz bagi aku semua orang ada kisah sendiri yang hanya mereka dan keluarga mereka je yang tahu...dan tentunya mereka dan keluarga mereka tak suka dan tak selesa bila ada orang luar yang suke nak menyibuk...
Aku lebih suke ambil tahu hal keluarga dan adik beradik aku je, tak suke nak tambahkan masalah aku dengan hal2 orang lain yg sememangnya aku tak layak dan memang tak dapat nak tolong pun...tapi tu la kan, FIKIRAN orang ni lain2, aku je kot yang tak suke nak menyibuk hal orang,tp orang lain sibuk nak tau hal aku...
"JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG SAMPAI KAIN SENDIRI TERKOYAK PUN TAK SEDAR"
Aku tak kisah klw yang nak bertanya ni family aku, dah tentulah diorang tu family kan...
yang orang luar sibuk nak ikut campur sekali kenapa?
Situasi begini mesti dan akan dilalui oleh semua orang..
Bila dan habis SPM, orang akan tanya masuk UNIVERSITI mana
Bila dah habis BELAJAR, orang akan tanya bila nak mula KERJA
Bila masih BUJANG, orang akan tanya bila nak KAHWIN
Bila dah KAHWIN, orang akan tanya bila nak ada ANAK
Bila dah ada anak LELAKI, orang akan tanya bila nak ada anak PEREMPUAN
dan macam-macam lagi la...
Kadang2 aku terfikir, apa yg kita lakukan selama ni hanya kerana KATA ORANG atau KEHENDAK KITA sendiri??
Lu fikir la sendiri!!!

1 comments:

Kimi Kay MS said...

hahaha
memang soalan jiwa kachaw
aku memang nyampah kalo org tanya benda2 tak berpekdah cani
nak2 pulak kalo orang tu langsung tadek kene ngena dgn aku/tiba2 je nak berbaik2 dgn aku
memang aku anti
silap2 aku tengah hangin mesti aku jawab
"PE KO SUSAH?"

hehe tu dulu la time aku masih gagal kawal hangin
skarang habis kuat pun aku senyum je
& cepat2 melarikan diri
pasal aku tau mulut aku lagi cepat daripada kilat menyambar
dan pasti kesannya amat buruk
heheh