BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 1 February 2012

JANJI MESTI DIKOTAKAN

Aku memang tak suke jika berjanji, lepas tu tak tepati...
Kenapa aku cakap macam ni?? Semua gara2 seorang 'mak andam" kat kg aku ni..
Dia dah berjanji nak makeup kan pengantin, last2 minit dia cancel sbb dpt customer lain...
Tak baik buat mcm tu, aku pon pernah berada dlm situasi ni bila aku dah confirm makeup utk majlis bertunang, kemudian ada plak customer lain yg nak book aku utk majlis kahwin..
Korang pon tau kan, klw job utk majlis kawin mesti mahal lagi..tp sbb aku dah berjanji, aku tolak job tu...

Terlibat dlm bisnes andaman ni (atau apa jua bisnes),kita mesti menepati janji dan jujur kepada pelanggan, jgn sesekali aniaya pelanggan...

Tp, walau apa pun aku ucapkan terima kasih la sbb dia cancel job dia tu, sbb rezki tu pergi pada aku...

* Rezki itu milik Allah, alhamdulilah....

Saturday 28 January 2012

Semangat datang semula (boleh bertahan ke?)

Hari ni tetiba je semangat utk memblog dtg semula...tp boleh ke bertahan? Al-maklum la, aku ni selalu wat keje hangat2 taik ayam jek...(padahal pegang taik ayam pon tak pernah, tau plak panas ke suam)..

Oleh kerana setiap Sabtu aku dok sensorang kat umah, so hari ni aku pon mula la operate semula blog aku yg dah lama tertinggal ni...dengan harapan sekurang2 nya aku tak borink lagi bila aku dah mula update blog...(sebelum ni rajin coz kat opis boleh bukak blog, sekarang dah kena block, padan muke...time keje main...hehehe)...

Harap2 aku akan terus rajin utk update blog ni yea..

Monday 17 October 2011

Cadangan Rakan dan Ayam Goreng Kunyit

Tengahari ni bila bukak FB, aku terima cadangan daripada rakan semasa belaja di POLISAS, Sue Damanhuri utk aku wat blog dan masukkan resepi masakan aku di sini...

Sememangnya niat di hati tu ada, tp belum ada kesempatan..ok lah, sebagai permulaan aku masukkan dulu resepi Ayam Goreng Kunyit ni...

BAHAN2

1 keping bahagian dada ayam (hiris nipis)
1/2 biji bawang holland (hiris kasar)
2 biji bawang putih (diketuk)
1 biji cili merah (hiris)
1/2 batang lobak merah (hiris panjang2)
5-6 batang kacang buncis (hiris serong) *nak guna kacang panjang pun boleh
Minyak untuk menggoreng
Garam
Kunyit
1 sudu kecil Sos Ikan


CARA2

> Gaulkan hirisan ayam dengan garam dan kunyit
> Goreng di dalam minyak yang banyak sehingga garing dan ketepikan
> Ambil minyak gorengan ayam tadi dalam 2 sudu besar dan tumiskan bawang holland, bawang putih sehingga wangi
> Masukkan cili merah, lobak dan kacang buncis dan ayam yg telah digoreng
> Perasakan dengan sos ikan
> Bila sayur2 dah lembut, tutup api dan hidangkan bersama nasi putih

Monday 26 September 2011

Lama sungguh tak bersiaran....

Wah...lama betul tak bersiaran..bukan apa, tetiba plak tak boleh nak sign in blog ni..dah la awak tak ni tak berapa nak pandai..bertanya pada kawan akhirnya boleh jgk la bersiaran pada hari ni...

Ntah kenapa,sejak akhir2 ni suke plak nak masuk gmbr2 masakan yg pernah dicuba...tunggu yea nnt aku masukkan sikit demi sikit...

Friday 27 May 2011


Dah lama mencari asid folic appeton ni,kebetulan ke farmasi nak cari asid folic yg dah kehabisan, nmpk plak, terus rembat ler...

Kwn2 opis yg suggest mkn asid folic ni klw merancang nak hamil, so ikut la...sebelum ni makan ikut mood jek..skrg rasa nak makan betul2 la...


** Siap buat reminder kat hset supaya tak lupa**



Tuesday 24 May 2011

Demam @_@






Dah lama tak demam, tetiba plak semalam sakit tekak + selsema teruk...

Malam tak boleh tdo coz satu badan sakit2..

Hari ni mmg tak boleh tahan lagi..g jumpa doc, amik ubat dan MC..

Dok kat umah sorang2 borink plak..Shuk terpaksa g kerja coz tak boleh cuti...

Hurmm...

Saturday 14 May 2011

Filem Minggu Ini

Kongsi Lu Langsi Lu Mati ...tgk promo mcm best..tp bila g tengok biasa je..terlalu banyak elemen lawak sedangkan ala2 mafia..yg paling tak best ending citer ni...tengok la yea.. mcm penat jek nak komen..



Citer ni aku tengok sebelum Shuk g kursus kat Gua Musang. Pergh..memang mantop dan meletup..aweks pun mari (Shuk suke la ni..hehehe)...seperti biasa citer2 FnF ni mmg menjanjikan aksi yang terbaek...rugi tak tgk woo...