BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 10 February 2009

Indahnya Alam - Sg. Gabai




Thursday 5 February 2009

WHY? WHY? WHY?

Pernah tak anda berada dalam situasi begini?
Korang nak buat sesuatu perkara, kemudian mesti ada soalan macam ni dalam otak korang "KALAU AKU WAT MCM NI, NNT APA PLAK KATA ORANG EK"
Kenapa mesti ada perkara2 yang leceh macam ni?
Kenapa orang-orang luar ni suke nak masuk campur dalam hal kita?
Diorang ni dapat faedah ke dengan menyibuk hal orang?
Semua mende tak betul pada pandangan diorang...
mcm aku plak, aku tak pernah nak menyibuk tanya hal orang...
coz bagi aku semua orang ada kisah sendiri yang hanya mereka dan keluarga mereka je yang tahu...dan tentunya mereka dan keluarga mereka tak suka dan tak selesa bila ada orang luar yang suke nak menyibuk...
Aku lebih suke ambil tahu hal keluarga dan adik beradik aku je, tak suke nak tambahkan masalah aku dengan hal2 orang lain yg sememangnya aku tak layak dan memang tak dapat nak tolong pun...tapi tu la kan, FIKIRAN orang ni lain2, aku je kot yang tak suke nak menyibuk hal orang,tp orang lain sibuk nak tau hal aku...
"JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG SAMPAI KAIN SENDIRI TERKOYAK PUN TAK SEDAR"
Aku tak kisah klw yang nak bertanya ni family aku, dah tentulah diorang tu family kan...
yang orang luar sibuk nak ikut campur sekali kenapa?
Situasi begini mesti dan akan dilalui oleh semua orang..
Bila dan habis SPM, orang akan tanya masuk UNIVERSITI mana
Bila dah habis BELAJAR, orang akan tanya bila nak mula KERJA
Bila masih BUJANG, orang akan tanya bila nak KAHWIN
Bila dah KAHWIN, orang akan tanya bila nak ada ANAK
Bila dah ada anak LELAKI, orang akan tanya bila nak ada anak PEREMPUAN
dan macam-macam lagi la...
Kadang2 aku terfikir, apa yg kita lakukan selama ni hanya kerana KATA ORANG atau KEHENDAK KITA sendiri??
Lu fikir la sendiri!!!

Wednesday 4 February 2009

Sifu & Tongga

Filem ni menggabungkan Raja Lawak Nabil dan Pelawak No. 1 Negara Apek..
So, bila dua orang ni bergabung dalam satu filem, pepeham je la kan apa yang jadik, memang kelakar giler...

Mereka berdua melakonkan watak orang asli dari Puak Watson yang tinggal di dalam gua dan tidak pernah keluar dari hutan. Puak ini juga masih beranggapan Jepun masih menjajah Malaya.

Pengembaraan mereka bermula apabila Mila (anak ketua Puak Watson) diculik oleh wartawan Sinar Harian (Erra Fazira) dan mereka berusaha utk menjejaki Mila dan menyelamatkannnya..

Antara babak yang kelakar ialah bila mereka melihat kereta, motorsikal, kerusi yang mana tidak pernah langsung dilihat sebelum ini.

Apa pun filem ni memang kelakar dan sangat sesuai untuk tontonan bersama keluarga..

Ong Bak 2


ONG BAK 2

Lakonan Tony Jaa, satu filem yang memaparkan aksi seni mempertahankan diri Thailand.

Aku dah tengok filem ni, banyak aksi dari filem Ong Bak..sedikit ngeri la (girl je kot yg rasa) coz bila aksi penggal leher musuh dan darah menyembur-nyembur...

Apa pun filem ni memang best coz tak banyak cakap..cuma filem ni sad ending ler bila Tony Jaa kena tangkap dengan musuh dia n paling tak sangka bila ayah angkat dia adalah orang yang bertanggungjawab dalam konspirasi pembunuhan ayah kandung Tony Jaa.

Tuesday 3 February 2009

Lepak time..


Hari Isnin, 2 Jan 2009, cuti Hari Wilayah Persekutuan, aku n Shuk boring giler dok umah coz takde aktiviti nak buat, so kitorang decide utk invite kwn2 dtg lepak kat umah sambil main PS2..mula la jari jemari aku n Shuk SMS kawan2 jemput datang rumah...Zul, Liyas, Mar n Ayam antara yang datang hari tu...

Pecah perut aku n Mar gelak melayan gelagat diorang ni main PS2..masing2 sewel..

Si Zul dah mcm budak2 bila kalah dia asik soh orang tunggu dia..antara dialog klakar 'woi kwn, tunggu la aku bangun dulu, baru blasah'.. Kui..kui.kui apa la si Zul ni...

Bila dah jemput kekawan dtg umah mesti la kena wat makan kan..so ari tu aku cuba la resepi ni (first time masak resepi ni)

MAKARONI SUP N PIZA SARDIN...

licin semua kena bedal ngan bebudak ni...






PIZA SARDIN before n after cook






Ala-ala Ekin plak...


Hahaha..ala2 Ekin tak?
Eden torai...
Aku nengok ramai akak2 kat opis ni sibuk bergaya dengan tudung Ekin ni,aku pun dah terjebak skali

Inilah hasilnya, makin tembam!!!

Ekspo Kerjaya ATM


Peluru besar

Senjata

Shuk tengah nak menembak..
Apa la yang Shuk n Asyraff sembang tu yea...